Akmal aqil & Associates
Soalan Lazim

Konsultasi pertama percuma ke?
Kebiasaannya konsultasi dibuat secara berbayar kerana melibatkan semakan fakta dan nasihat undang-undang.
Namun anda akan dimaklumkan kadar dan skop sebelum sesi bermula.
Apa dokumen yang perlu saya sediakan sebelum jumpa peguam?
Antara dokumen biasa (ikut kes):
-
Kad pengenalan, sijil nikah/cerai, sijil kelahiran anak
-
Bukti nafkah/pendapatan (slip gaji, penyata bank)
-
Dokumen harta (geran, loan statement, resit)
-
Bukti komunikasi (mesej, emel) jika relevan
Jika anda belum lengkap, jangan risau—kami akan senaraikan selepas semakan awal.
Konsultasi boleh dibuat online?
Ya. Kami boleh aturkan konsultasi:
-
Bersemuka atau
-
Online (Google Meet/Zoom/WhatsApp Call) mengikut kesesuaian.
Selepas saya lantik peguam, apa yang firma akan uruskan?
Bergantung kes, tetapi lazimnya kami akan:
-
Semak dokumen & susun kronologi kes
-
Sediakan pliding dan dokumen mahkamah
-
Fail di mahkamah & urus tarikh sebutan/bicara
-
Wakili anda dalam sebutan, rundingan (jika ada), dan bicara
-
Nasihat langkah seterusnya selepas keputusan/perintah mahkamah
Saya boleh bayar ansuran?
Yuran guaman boleh dibayar sama ada secara berperingkat mengikut fasa kes. Bayaran berperingkat biasanya meliputi membuka fail kes, penyediaan dokumen, prosiding mahkamah dan tindakan susulan. Semasa konsultasi awal, kami akan jelaskan pilihan yang paling sesuai serta anggaran kos secara telus.
Akmal Aqil & Associates beroperasi di negeri mana?
Akmal Aqil mempunyai lesen/tauliah guaman Syarie untuk mengendalikan kes di:
Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
(Jika kes anda di negeri lain, kami akan nasihatkan pilihan terbaik.)
Berapa kos guaman?
Kos bergantung kepada:
-
Jenis kes (cerai, nafkah, hadhanah, harta sepencarian, faraid, jenayah Syariah)
-
Tahap kerumitan dan bilangan sebutan/bicara
-
Keperluan dokumen & saksi
Kami akan berikan sebut harga jelas (anggaran dan pecahan) selepas semakan ringkas kes.
Berapa lama proses kes di Mahkamah Syariah?
Tempoh berbeza mengikut:
-
jenis kes, kerjasama pihak-pihak, jadual mahkamah, dan isu pertikaian.
Kami akan beri jangkaan tempoh selepas faham fakta kes anda.
Macam mana nak mula dapatkan khidmat firma?
Mudah:
- Hubungi kami (WhatsApp/telefon/borang web)
- Nyatakan ringkas isu & negeri kes
- Tetapkan tarikh konsultasi
- Kami semak, cadang strategi, dan mula tindakan
Macam mana nak buat wakalah peguam? Susah ke?
Tidak susah. Kebiasaannya:
-
Anda hadir untuk tandatangan dokumen wakalah / surat lantikan
-
Bawa kad pengenalan dan dokumen asas kes (sijil nikah/cerai, dll.)
-
Kami akan sediakan format dan terangkan satu-satu sebelum anda tandatangan
Boleh saya tukar peguam atau berhentikan wakalah?
Secara prinsipnya boleh, tetapi:
-
Perlu ikut prosedur mahkamah/dokumen
-
Ada implikasi kos bagi kerja yang telah dibuat
Kami akan jelaskan secara profesional jika situasi ini berlaku.
Suami/isteri lafaz cerai di luar mahkamah. Apa perlu buat?
Di Malaysia, lafaz cerai di luar mahkamah lazimnya perlu dibuat pengesahan cerai di Mahkamah Syariah.
Kami boleh bantu sediakan permohonan, dokumen sokongan dan panduan langkah demi langkah.
Apa itu harta sepencarian? Apa yang boleh dituntut?
Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh sepanjang perkahwinan hasil usaha bersama (langsung atau tidak langsung).
Kami akan bantu nilai:
-
Jenis harta (rumah, kereta, simpanan, aset)
-
Sumbangan pihak-pihak
-
Dokumen bukti dan tuntutan yang munasabah
Apa beza cerai biasa, fasakh, taklik dan khuluk?
Secara mudah:
-
Cerai (talak): perceraian dengan lafaz suami (ikut proses mahkamah)
-
Fasakh: pembubaran nikah oleh mahkamah atas sebab tertentu
-
Taklik: tuntutan cerai berdasarkan syarat taklik yang dilanggar
-
Khuluk/tebus talak: perceraian dengan pampasan tertentu (bergantung persetujuan/keputusan mahkamah)
Urusan faraid/pusaka, firma boleh bantu apa?
Kami boleh bantu untuk:
-
Semakan waris & pecahan faraid (asas)
-
Penyediaan dokumen tuntutan/permohonan berkaitan
-
Rundingan keluarga jika ada pertikaian
-
Panduan proses pentadbiran pusaka (ikut saluran yang betul)
Saya nak fail cerai. Mula dari mana?
Langkah biasa:
- Konsultasi awal (fakta kes, dokumen, strategi)
- Tentukan jenis permohonan yang sesuai (contoh: fasakh / taklik / khuluk / pengesahan lafaz)
- Sediakan dokumen & afidavit/sokongan
- Fail di Mahkamah Syariah dan ikut tarikh sebutan/bicara
Kami akan pandu dari awal sampai keputusan.
Saya nak tuntut nafkah anak/isteri. Boleh?
Boleh. Kami bantu untuk:
-
Nafkah iddah
-
Tunggakan nafkah
-
Perintah penguatkuasaan (jika pihak satu lagi ingkar)
Macam mana mahkamah tentukan hak jagaan anak (hadanah)?
Mahkamah akan menilai faktor seperti kebajikan & kepentingan terbaik anak, keselamatan, tempat tinggal, persekolahan, rutin, kemampuan penjaga, dan isu-isu berkaitan.
Kami boleh bantu bina kes dengan bukti dan susunan fakta yang kemas.
Saya nikah di luar negara / nikah sindiket. Boleh “betulkan”?
Bergantung kes. Kebiasaannya perlu dibuat pengesahan nikah/pendaftaran melalui prosedur mahkamah dan jabatan agama (mengikut negeri).
Kami akan semak status perkahwinan dan cadangkan langkah yang paling selamat dari sudut undang-undang.

Boleh ke saya dapat hak lawatan kalau tak dapat hak jagaan?
Boleh. Dalam banyak keadaan, mahkamah boleh keluarkan perintah hak lawatan & akses yang jelas (jadual, tempat, cuti sekolah dan sebagainya).
Saya perlukan peguam untuk kes jenayah Syariah. Boleh bantu?
Boleh, tertakluk kepada bidang kuasa negeri dan jenis pertuduhan.
Kami akan:
-
Semak fakta & kertas pertuduhan
-
Nasihat strategi pembelaan
-
Wakili anda di mahkamah dan urus proses perbicaraan
Kami Uruskan Kes Anda Dengan Professional

Masa
Isnin - Jumaat
8:00 am — 6:00 pm
Sabtu - Ahad & Cuti Umum
Temujanji
Hubungi
Email
akmalaqilassociates@gmail.com
Alamat
B3-G-1, Level PL, Banjaria Court, 68100, Gombak, Selangor
Follow di Tiktok