Profil Profesional
Mohammad Akmal Aqil bin Sazali
Peguam Syarie | Akmal Aqil & Associates
Akmal Aqil mengendalikan kes undang-undang keluarga Islam dan prosiding di Mahkamah Syariah.
Tauliah Beramal di negeri: Selangor · Wilayah Persekutuan · Negeri Sembilan · Melaka

Mohammad Akmal Aqil bin Sazali, merupakan Peguam Syarie di Akmal Aqil & Associates. Amalan guaman beliau memberi tumpuan besar kepada undang-undang keluarga Islam dan prosiding di Mahkamah Syariah. Beliau mempunyai tauliah untuk beramal di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka. Bidang yang dikendalikan termasuk perceraian, fasakh, cerai taklik, khuluk atau tebus talak, tuntutan nafkah, hak hadhanah, harta sepencarian dan perkara keluarga Islam yang berkaitan. Dalam membantu klien, beliau menekankan penerangan yang jelas tentang kedudukan undang-undang, prosedur mahkamah dan pilihan yang tersedia berdasarkan fakta setiap kes.
Profil Ringkas
Kelayakan Akademik
Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tauliah & Negeri
Mohammad Akmal Aqil bin Sazali merupakan Peguam Syarie yang mempunyai tauliah untuk beramal di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka.
-
Selangor
Semak senarai Peguam Syarie Selangor ↗ -
Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur & Putrajaya
Semak rekod Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ↗ -
Negeri Sembilan
Semak Senarai Peguam Syarie Negeri Sembilan ↗ - Melaka
Pengalaman Guaman Syarie
Akmal Aqil mempunyai enam tahun pengalaman profesional dan telah mengendalikan lebih daripada 100 kes Syariah.
Bidang Amalan
Perceraian
Nasihat dan pengendalian proses perceraian, termasuk isu lafaz cerai serta tuntutan selepas perceraian.
Panduan cerai di luar mahkamahFasakh
Penerangan tentang pilihan pembubaran perkahwinan dan proses berkaitan berdasarkan fakta kes.
Khidmat guaman SyariahCerai Taklik
Pengendalian tuntutan apabila syarat taklik dilanggar dan bukti perlu dikemukakan di Mahkamah Syariah.
Panduan cerai taklikKhuluk / Tebus Talak
Nasihat berkaitan permohonan perceraian secara khuluk apabila pasangan tidak mencapai persetujuan untuk bercerai.
Proses cerai khulukNafkah
Tuntutan nafkah isteri atau anak, tunggakan nafkah dan tindakan berkaitan ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah.
Tuntutan nafkahHadhanah
Tuntutan hak jagaan anak, hak lawatan dan pertimbangan kebajikan anak selepas perceraian.
Hak hadhanahHarta Sepencarian
Nasihat berkaitan bukti sumbangan dan tuntutan terhadap harta yang diperoleh sepanjang perkahwinan.
Harta sepencarianPoligami
Nasihat dan proses permohonan poligami serta isu yang timbul apabila perkahwinan dilakukan tanpa kebenaran mahkamah.
Poligami tanpa kebenaranPengesahan / Pendaftaran Nikah Luar Negara
Nasihat tentang pengesahan dan pendaftaran perkahwinan luar negara serta kesan undang-undang yang berkaitan.
Nikah luar negaraFaraid & Harta Pusaka
Perkara berkaitan pengesahan waris, pembahagian faraid dan pertikaian harta pusaka Islam dalam skop perkhidmatan firma.
Perkhidmatan faraid dan pusakaPendekatan Dalam Pengendalian Kes
Pendekatan bermula dengan memahami fakta sebelum memberi nasihat. Pilihan undang-undang, implikasi dan prosedur Mahkamah Syariah diterangkan dengan bahasa yang jelas supaya klien dapat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi.
- Menilai fakta dan dokumen berkaitan
- Menerangkan pilihan undang-undang yang tersedia
- Membantu klien memahami prosedur mahkamah
- Mengurus dokumen dan perjalanan kes secara sistematik
- Memberi nasihat yang realistik
- Berkomunikasi dengan jelas sepanjang proses
Penulisan & Panduan Undang-Undang
Cerai Di Luar Mahkamah
Penerangan tentang lafaz cerai di luar mahkamah, pengesahan dan rekod perceraian di Mahkamah Syariah.
Baca panduan cerai di luar mahkamahSuami Culas Nafkah
Panduan tentang tunggakan nafkah dan tindakan apabila perintah nafkah tidak dipatuhi.
Baca panduan tuntutan nafkahHak Hadanah Ibu Boleh Gugur Lepas Cerai
Penjelasan tentang pertimbangan mahkamah dalam tuntutan hak jagaan anak selepas perceraian.
Baca panduan hak hadhanahHarta Sepencarian: Ramai Tak Tahu Hak Sebenar
Penerangan tentang sumbangan, bukti dan perkara yang dipertimbangkan dalam tuntutan harta sepencarian.
Baca panduan harta sepencarianPoligami Tanpa Kebenaran Mahkamah Syariah
Gambaran tentang implikasi undang-undang apabila poligami dilakukan tanpa kebenaran mahkamah.
Baca panduan poligamiNikah di Thailand & Risiko Undang-Undang
Panduan mengenai risiko dan proses undang-undang berkaitan perkahwinan di luar negara.
Baca panduan nikah luar negaraIkuti Akmal Aqil
Perlukan Nasihat Berkaitan Kes Syariah?
Setiap kes mempunyai fakta dan kedudukan undang-undang yang berbeza. Konsultasi awal boleh membantu anda memahami pilihan yang tersedia dan proses yang mungkin perlu dilalui.